Selamat menyambut Maal Hijrah 1432H

Salam,

Semoga kita dalam perlindungan Allah S.W.T. selawat serta salam buat junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.

Sempena Maal Hijrah 1432H ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah buat semua muslimin dan muslimah. Marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana kita masih lagi dapat merasa nikmat-nikmatNya yang cukup besar iaitu iman dan nikmat Islam. Begitu juga nikmat kesihatan dan kesejahteraan yang telah di kurniakan untuk kita.  Izinkan saya disini untuk mengkongsikan sedikit pengetahuan.

Dari Ibnu Abbas R.A. yang berbunyi:

“Siapa yang membaca doa ini pada 1 Muharram, Allah akan mewakilkan dua malaikat memeliharanya pada tahun itu.”

Doa akhir tahun dibaca beberapa minit sebelum masuk waktu Maghrib

Doa tersebut bermaksud:

“Ya Allah, wahai tuhan kami, perkara-perkara yang telah kami lakukan daripada perbuatan-perbuatan yang Dikau larang dalam tahun ini maka kami belum bertaubat daripadanya pada hal tuhan kami tidak meredhai dan tuhan kami tidak melupakannya dan tuhan kami berlembut tidak mengazabkan kami malah memberikan kami peluang sampai kami bertaubat selepas kami menceburkan diri melakukan maksiat itu maka kami sekalian mohon keampunan mu. Ya Allah ampunkanlah kami. Dan mana-mana perbuatan yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini yang tuhan kami meredhainya dan tuhan kami telah pun menjanjikan ganjaran pahala kerananya maka kami sekalian mohon ya Allah, tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga tuhan kami perkenan akan perbuatan (amal bakti) yang telah kami lakukan itu dan tidak tuhan kami hampakan harapan kami, ya Allah tuhan yang maha pemurah.”

Doa awal tahun dibaca selepas menunaikan sembahyang fardhu Maghrib

Doa tersebut berbunyi:

“Ya Allah, wahai tuhan kami. Dikaulah tuhan kami yang kekal selama-lamanya, sedia ada lagi permulaan. Kelebihan Mu maha besar dan kemurahan Mu amat limpah yang sangat-sangat diharapkan.
Tibalah sudah tahun baru, kami mohon kepadaMu agar terpelihara kami sekalian di dalam tahun baru ini daripada tipu daya syaitan dan bala tenteranya.
Dan kami mohon daripadaMu akan pertolongan  menghalangkan runtunan nafsu amarah (nafsu yang mendorong kepada jalan-jalan kejahatan).
Kami mohon juga kepadaMu ya Allah akan rasa sedian ingin membuat kerja-kerja kebajikan yang boleh mendampingkan diri kami kepadaMu. Ya Allah tuhan yang maha agung  lagi yang maha mulia. Ya Allah tuhan sebaik-baik yang mengurniakan rahmat. Barang dicucuri rahmat apalah kiranya ya Allah dan juga sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Segalan pujian itu bagi Allah tuhan pentadbir seluruh alam.”

Fadilat membaca doa akhir tahun:

Barangsiapa membaca doa ini daripada waktu yang telah tersebut maka berkatalah syaitan kesusahanlah bagiku dan sia-sialah pekerjaan ku mengoda anak Adam pada tahun ini maka dibinasakanlah dengan satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini diampuni Allah sekalian dosanya yang setahun ini.

Fadilat membaca doa awal tahun:

Barangsiapa membaca doa ini maka bahawasanya syaitan akan berkata telah amanlah anak Adam ini daripada aku barang yang tinggal pada umurnya pada ini tahun kerana bahawasanya Allah Ta’ala telah mewakilkan dua malaikat memelihara akan dia daripada fitnah syaitan.

Selamat menyambut Maal Hijrah

Wassalam

Mohammad Abdul Nahqim bin Abdullah
Religious and Welfare Officer

0 comments :

Post a Comment